PAKEJ ZIARAH / LAWATAN
Penawaran pakej adalah berasaskan permintaan secara berkumpulan dan tertakluk kepada terma dan syarat Pengurusan KIKYB.

Harga pakej termasuk kos pengurusan bagi penginapan dan pengangkutan, makan pagi/tengahari/malam, kos pemandu pelancong dan lain-lain kos yang ditetapkan oleh agen. (ground service)

Pakej ziarah tidak termasuk kos penerbangan atau visa (jika ada) atau kos membeli cenderahati, makan/minum selain dari pakej dan perbelanjaan keperluan peribadi.

Pihak Pengurusan KIKYB berhak membatalkan pakej, jika kelulusan dari pejabat Kedutaan Malaysia / pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di luar Negara tidak diperolehi atas isu-isu keselamatan atau sebab lain yang tidak dinyatakan. Pengurusan KIKYB akan memulangkan wang tersebut seperti pada terma dan syarat Pembatalan Pakej Ziarah.